Ahli Koyoworld Malaysia


Koyo World (Malaysia) Sdn.Bhd, 780741-D, 38A-4, Jalan Radin Anum Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Tel : 603-9058 2958, Fax: 603-9058 2959, Official Website: http://www.koyoworld.my/

Contact Person : Mr. Johnny Ng @ Uncle Johnny 6016-6737 368, Shahrizal bin Hj. Hamdan 6019-322 9778 (Penolong Pengurus Jualan Dan Pemasaran)

KL/SELANGOR: Sharif - 6019-235 4297, Bakhtiar –DM 6019-272 9728, 019-400 0639, Puan Siti (Tg.Karang) 6019-267 9728, Puan Syafiqah Luguy Abdullah (Seri Kembangan) 6013-249 3431, Fauzi- 6013-299 0118, Dewi 6014-328 0568, Hj. Azmi (Klang) 6019-342 1000, Mardinih (Cheras) 6019-823 9567, Rupaida (Cheras) 6019-801 8617, Abby (Cheras) 6014-664 0045, Hamzah (Cheras) 6014-670 9185, Mazlan bin Mohamad Nor (Pantai Dalam, KL) 6019-326 5087, Cikgu Baharin (Sabak Bernam) 6012-669 1751, Puan Azizah (Sabak Bernam) 6017-876 7481, Cikgu Jamal (Sabak Bernam) 9019-254 3787, Cikgu Sapuan 6013-275 3730, NEGERI 9 : Azery Aferoo @ Bob (Nilai) 6019-381 4233, Saipul 6019-766 7748, Asri(Sepang/Nilai) 6019-821 2029, Razali (Seremban) 6019-712 9800, PAHANG : Cikgu Ramlie (Temerloh) 6019-900 6468, SABAH/S’WAK/LABUAN : Sharif Shai (Kudat/Kota Marudu) 6011-1636 1820, Bakhtiar –DM 6019-272 9728, 6019-400 0639, Sharifah Bayan (Kudat/Kota Marudu/Tenom) 6019-809 4303, Mardinih (Sandakan) 6019-823 9567, Rupaida (Lahad Datu) 6019-801 8617, Abby (Beaufort) 6014-664 0045, Hamzah (Labuan) 6014-670 9185, CHINA: Mr. Johnny Ng 6016-673 7368, INDONESIA : Fauzi (Jawa) 6013-299 0118, Dewi (Jawa) 6014-328 0568,

Nota: Senarai Ahli Tidak Merujuk Kepada Jumlah Sebenar Yang Berdaftar Dengan Koyoworld Malaysia.

Monday, 7 February 2011

Cara Mengawal Penyakit Gout

Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik (uric acid) di dalam darah yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout , asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama-kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat . Asid urik ini kemudian akan mendap di bahagian sendi terutama di bahagian sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain seperti di bahagian belakang, kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terlibat. 

Gout adalah salah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur termasuk remaja. Gout juga boleh disebabkan oleh masalah kegemukan, tekanan, kerosakkan buah pinggang. Penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik kesan sampingan ubat 'diuretik' dan akibat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.

Gout
 

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat tidak seperti 'artritis' lain yang menyerang perlahan-lahan. sendi terlibat terasa sangat sakit yang amat sangat. Serangan gout berlaku pada satu sendi tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. manakala serangan kedua biasanya mengambil masa yang agak lama sehingga bertahun dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa biasanya pada sendi yang sama.

Dianggarkan 60% pesakit mengalami serangan ke dua dalam masa setahun dan 78% mendapat serangan ke dua dalam masa dua tahun. Hanya 7% pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun. Serangan gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor:-

1. Pengambilan berlebihan minuman beralkohol.
2. Banyak mengambil makanan yang kaya dengan 'purin'.
3. Kecederaan kecil pada sendi.
4. Kurang pengambilan air kosong.
5. Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubatan.
6. Mengamalkan diet yang melampau.

Jika tidak mendapatkan rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi yang lain. Perkara yang paling penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap akan menyebabkan kerosakan pada sendi dan ianya akan kekal, tidak boleh dipulihkan dan pesakit akan berisiko mengalami kecacatan.

Untuk mengelakkan kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum  air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengawal dan menguruskan penyakit gout. Apabila pesakit minum air kosong yang banyak, air kencing akan cair dan setiap kali membuang air kecil, sebahagian daripada asid urik dapat disingkirkan dari badan pesakit.

Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:-

1. Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber  haiwan.
2. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
3. Bagi individu yang bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
4. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
5. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
6. Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
7. Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.

Koyo Chitosan (60 Kapsul)
 
Chitosan Koyoworld telah terbukti hebat dan berfungsi sebagai makanan tambahan kesihatan terhebat yang mampu 'service' seluruh sistem badan. Koyo Chitosan Koyoworld mampu meneutralkan badan berasid, memperkuatkan 'hepar' (hati) dan mampu menghapuskan toksik (detoks) dalam badan. Selain daripada itu Chitosan Koyoworld juga telah terbukti secara klinikal dengan malarutkan toksik, menambahkan pertumbuhan kuman baik (probiotik) serta membaiki sendi yang sakit serta merawat artiris. Selain daripada itu ia juga mampu mengawal atur nilai PH, peredaran mikro, mengimbangkan fungsi perkumuhan.

Dialog yang biasa kita dengar, "Sea food punca aku gout", "Aku takut makan sea food sebab gout". Dialog-dialog seperti ini amat kerap kita dengar bagi mereka yang menghidap gout. Persoalan kepada situasi ini, berapa ramaikah nelayan yang menghidap 'gout' sedangkan makanan laut adalah makanan harian mereka. Kekadang kita menghukum tanpa menghakimi sesuatu perkara yang kita tidak tahu kesahihannya, makanan laut lebih beralkali berbanding daging oleh itu keberangkalian untuk menghidap gout hanya disebabkan oleh makanan laut amat-amat ringan. Pada pendapat penulis makanan laut bukanlah punca sebenar penyakit gout, punca sebenar mungkin disebabkan cara hidup dan pengambilan makanan yang tidak terancang.

Tidak syak lagi Chitosan Koyoworld mampu mengatasi masalah gout yang anda alami. Terdapat beberapa testimoni pesakit gout yang telah berjaya pulih dan menjalani kehidupan secara normal.

En. Mohan (Kajang), beliau mengalami penyakit ini sehingga menyukarkan beliau menjalankan tugas harian. Sebelum mengambil Chitosan Koyoworld beliau hanya mampu naik ke tingkat 1 pejabat tanpa menggunakan lif dan setelah mengambil Chitosan Koyoworld beliau mampu berjalan laju dan naik ke tingkat 5 tanpa menggunakan lif.

En. Osman (Shah Alam), Pernah diusung oleh anak dan isteri beliau ke klinik untuk mendapatkan suntikan bagi meredakan sakit gout beliau dan setelah mengambil produk Chitosan Koyoworld masalah beliau dapat diatasi.

En. Shikri (Sungai Besi), Mengalami masalah bengkak di bahagian sendi kaki sebelah kanan dan ini menyukarkan beliau melakukan tugas harian serta tidak boleh kencing dengan 'lawas'. Beliau telah mengambil Chitosan Koyoworld dan selepas 2 hari beliau telah pulih,kencing dengan lawas dan mampu melakukan aktiviti yang beliau gemari.

En. Ishak (Padang Jawa), Beliau mengalami penyakit gout dan telah mencuba pelbagai ubat termasuk ubat daripada India dan setelah mencuba produk Chitosan Koyoworld beliau boleh memakai kasut kegemaran beliau.

En. Khairi (Sabak Bernam), Sebelum ini beliau tidak dapat menikmati makanan kegemaran beliau (sea food) dan amat jarang sekali mengunjungi pusat makanan laut di Jeram, Kuala Selangor. Setelah mengambil Chitosan Koyoworld beliau mampu menikmati 'sea food' 3 malam berturut-turut kerana meraikan anak beliau yang bakal ke universiti semula untuk menyambung semula pengajian. Selain itu paras gula dalam darah telah kembali normal serta dapat menurunkan berat badan.

Tidak syak lagi Chitosan Koyoworld mampu mengatasi masalah penyakit Gout. Sebelum 'terkena' penyakit ini,adalah lebih baik anda mengambil Chitosan Koyoworld bukan setakat mencegah anda diserang penyakit ini malah badan anda akan lebih sihat dan kuat.. pepatah Mat Salleh kata " Prevent better then Cure"..

 

2 comments:

Abigail William said...

I had an attack just 2 days ago on both sides of my ankle and it felt like someone took a hammer to both ankles and whacked away..it is excruciating and I read it gets worst with time. I had another attack about six weeks ago. 
Gout Foot Surgery Greensboro NC

Anonymous said...

Tq for Your comment, your problem similiar to Ghout Desease and ghout reffer to Uric Acid in your body. To cure or prevent the problem, we suggest you take some supplement to neutralize your body or take some water to gain you urine released.